Anda di sini

Lelaki ugut, cederakan teman wanita ditangkap

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditangkap tengah hari kelmarin kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan terhadap teman wanitanya.

Suspek yang berusia 30-an itu ditangkap sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita berusia 30-an yang mendakwa telah dipukul teman lelakinya.

Menurut sumber, kejadian terbabit berlaku di Krokop pagi kelmarin apabila pengadu telah bergaduh dengan teman lelakinya.

“Mangsa dipukul teman lelakinya dipercayai atas faktor masalah wang.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam pada beberapa bahagian badan seperti di lengan, dada dan kepala,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, suspek dipercayai turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mangsa memberikan wang.

Risau akan keselamatan diri mendorong mangsa untuk membuat laporan polis di balai berdekatan untuk siasatan lanjut.

Advertisement