Anda di sini

Kementerian tunggu siasatan berhubung pembunuhan gajah liar

Advertisement
TERESA Kok (berdiri empat, kanan) bersama para penerima Anugerah Industri Sawit 2018 Kategori Pekebun Kecil bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 hari ini.
TERESA Kok (berdiri empat, kanan) bersama para penerima Anugerah Industri Sawit 2018 Kategori Pekebun Kecil bagi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kementeriannya akan menunggu hasil siasatan kerajaan negeri Sabah berhubung pembunuhan gajah liar di negeri itu sebelum membuat kenyataan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung isu berkenaan.

Katanya walaupun beliau sedih dan dukacita dengan kejadian itu, namun beliau tidak boleh menyalahkan peladang atau pekebun kecil mengenainya kerana belum ada bukti jelas yang mengaitkan pembunuhan gajah itu dengan pihak peladang atau pekebun kecil.

"Saya tidak ingin menyalahkan pekebun kecil atau peladang mengenai pembunuhan gajah itu kerana belum ada bukti. Jadi mari kita sama-sama tunggu laporan siasatan kerajaan negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 di sini hari ini.

Teresa mengulas mengenai kebimbangan WWF-Malaysia berhubung kekerapan kes kematian gajah liar di Sabah kebelakangan ini.

Mengikut Jabatan Hidupan Liar Sabah, untuk tahun ini sahaja, 26 ekor gajah dilaporkan mati dipercayai dibunuh dengan sebahagiannya mati disebabkan jangkitan pada luka yang terkena perangkap di bahagian kaki.

TERESA Kok menyampaikan Anugerah Industri Sawit 2018 kepada salah seorang peserta pekebun kecil sawit sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 hari ini.
TERESA Kok menyampaikan Anugerah Industri Sawit 2018 kepada salah seorang peserta pekebun kecil sawit sempena Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018 hari ini.

Justeru kata Teresa, langkah  kerajaan memperkenalkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) ialah untuk menggalakkan peladang dan pekebun kecil di negara ini menjaga alam sekitar serta membudayakan  amalan pertanian baik dalam penanaman kelapa sawit.
 
Katanya di bawah pensijilan MSPO berkenaan, mana-mana peladang yang didapati bersalah membunuh binatang liar yang begitu bernilai boleh diambil tindakan termasuk menarik balik persijilan MSPO mereka.

Semua peladang dan pekebun kecil kelapa sawit diwajibkan mendapatkan Pensijilan MSPO menjelang tahun 2020.

"Sasaran kerajaan...ialah supaya kesemua pekebun kecil dan peladang (jelas) mengenai peranan mereka untuk menjaga alam sekitar dan mangadakan cara penanaman yang betul agar segala tuduhan yang dilemparkan kepada Malaysia (berkaitan pengeluaran minyak sawit) ini kita dapat jawap," katanya.-Bernama.

Advertisement