Anda di sini

Debaran Bintang Kecil 2018 Zon Semenanjung

Advertisement
 

PERTANDINGAN Bintang Kecil merupakan sebuah program pencarian bakat nyanyian kanak-kanak anjuran RTM Sarawak.

Stesen Radio KLfm bertindak selaku penerbit bagi menyelaras dan melaksanakan Debaran Bintang Kecil 2018 (DBK 2018) peringkat Zon Semenanjung. Daripada 12 orang peserta DBK 2018, hanya enam orang peserta sahaja dipilih layak ke Peringkat Akhir.

Peserta DBK 2018 Zon Semenanjung pada tahun ini adalah  Irfan Danial Roslan dari Selangor yang akan menyanyikan lagu ‘Meskipun Kau Tahu’, Nur Safiya Ardina Shamsul Azrin dari Perlis (‘Semakin’), Putera An-Nasa El Ubaidah Sahar Sa’di dari Terengganu (‘Jampi’), El Farabi Faeez Muhammad Faeez dari Kuala Lumpur (‘Sandiwara’).

Juga Putri Mirza Afiqah Zaidi dari Johor (‘Rintihan Rindu’), Putri Nurshazwaniz Balqish Megat Zaniz Adlly dari Kedah (‘Esok Masih Ada’), Sabiatul Aliyah Solaidi dari Pulau Pinang (‘Setiaku Pasti’), Nasrul Ikhwan Saidi dari Pahang (‘Kasih’), Adriana Qaseh Dania Asdarizam dari N. Sembilan (‘Lelaki Teragung’), Fatin Nur Amelia Budiman dari Melaka (‘Bunga’), Nuraisya Umairah Ahmad Uzir dari Perak (‘Nisan Cinta’) dan Nurshasha Izzati Khairul Asyraf dari Kelantan akan menyanyikan lagu ‘Jagakan Dia’.

Debaran Bintang Kecil 2018 Zon Semenanjung akan diadakan pada 6 September 2018 (hari ini)   bertempat Town Park, MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

Antara artis undangan yang akan memeriahkan lagi Debaran Bintang Kecil Zon Semenanjung itu adalah Hael Husaini, Ismail Izzani, Indah Ruhaila, Haqiem Rusli, dan Wany Hasrita.

Pada 4 Ogos lepas, tiga peserta terbaik iaitu Puteri Nurnasuha Yahya, Syayid Afi Jamin dan Nor Mohamed Muzaid telah pun dipilih untuk mewakili Zon Sarawak ke Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuching pada 1 Disember ini.

Advertisement