Anda di sini

Usaha naikkan industri perfileman negara dapat sokongan KKMM

Advertisement
 Barisan para pelakon filem ‘One Two Jaga’ antaranya Nam Ron (kiri) dan Bront Palarae (hadapan, tengah) pada Malam Gala Premier Tayangan Filem tersebut di TGV Cinema One Utama baru-baru ini. — Gambar Bernama
TAYANGAN PERDANA: Barisan para pelakon filem ‘One Two Jaga’ antaranya Nam Ron (kiri) dan Bront Palarae (hadapan, tengah) pada Malam Gala Premier Tayangan Filem tersebut di TGV Cinema One Utama baru-baru ini. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyokong sebarang tindakan dan individu yang berusaha menambah baik kualiti industri perfileman negara.

Menteri berkenaan, Gobind Singh Deo berkata beliau sendiri akan mengikuti perkembangan industri filem tempatan secara lebih dekat.

“Kehadiran saya ini ialah sebagai memberi sokongan kepada filem ini. Saya telah menyatakan pendekatan saya adalah saya turun melihat sendiri perkembangan industri ini,” katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana filem ‘One Two Jaga’ di sini baru-baru ini.

“Kehadiran malam ini juga adalah supaya saya dapat bergaul dengan ‘industry players’ dan saya menyokong tindakan siapa jua untuk kita mengangkat industri perfileman di Malaysia... ke arah masa depan bidang perfileman tempatan lebih cerah dan gemilang,” katanya.

Hadir sama penerbit filem itu Bront Palarae, pengarah dan pelakon Namron serta barisan pelakonnya.

Filem itu menceritakan cabaran yang dihadapi polis berlatarbelakangkan isu pendatang asing.

Filem ‘One Two Jaga’ akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 6 September ini. — Bernama

Advertisement