Anda di sini

Program Kerjaya mampu lahir ramai usahawan

Advertisement
SESI temuduga peserta program kerjaya di Taman Seri Puteri, Kota Kinabalu.
SESI temuduga peserta program kerjaya di Taman Seri Puteri, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU : Program Kerjaya kelolaan Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mampu melahirkan lebih ramai usahawan khasnya pesalah muda. 

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Dg Rugayah Ag Besar berkata, ini dibuktikan apabila tiga bekas pelatih pusat berkenaan berjaya membuka perniagaan sendiri. 

"Mereka adalah dua bekas pelatih PKM dari Keningau yang kini masing-masing mengusahakan bengkel membaiki motosikal dan perkhidmatan cuci kereta manakala seorang lagi dari Kota Kinabalu mengusahakan sebuah restoran lokan dan kelapa bakar. 

"Ini membuktikan bahawa Ilmu serta kemahiran yang diperoleh dimanfaatkan sebaiknya dan mereka lebih faham kursus kerjaya yang dipilih. Kita doakan agar mereka terus sukses dan maju jaya, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program kerjaya dan keibubapaan di Outdoor Development Centre (ODEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kanak-Kanak & Perintah Khidmat Masyarakat, Rohani Mohd Khalid; Penyelaras Perintah Khidmat Masyarakat Negeri Sabah, Jailani Majit; Pengetua Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Arabiah Harun; Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu, Sugiman Sinang dan Kaunselor Flearance Ariffin. 

Dg Rugayah berkata, bagi pesalah muda terbabit mereka harus menerima hakikat bahawa tidak memiliki kelayakan akademik untuk maju ke hadapan, pilihan kerjaya adalah bergantung kepada kemahiran.

"Kita di sini, fleksibel dan mendengar keperluan pelatih. Jika mereka mahu sebarang kursus kemahiran tertentu, kita akan berusaha menyediakannya dan melatih mereka secara percuma. Saya harap pendekatan ini dapat membantu. 

"Tugas dan peranan kami di sini hanya membantu mengembangkan bakat serta kemahiran yang mereka ada. Mahu benar-benar jadi usahawan mereka kena kreatif dan cari peluang. Ilmu serta kemahiran yang diperoleh tidak bermakna jika gagal dimanfaatkan sebaiknya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement