Anda di sini

Penunggang maut terlanggar pacuan empat roda

Advertisement
MANGSA
MANGSA

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk ke Taman Semarak, Jalan Kuhara di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata penunggang motosikal terbabit, Mohammad Azhar Ahad, 26, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tawau.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berlanggar dengan motosikal mangsa, seorang guru, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

PENUNGGANG motosikal terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan berlaku.
PENUNGGANG motosikal terbaring di atas jalan raya selepas kemalangan berlaku.

Fadil berkata siasatan mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu pacuan empat roda yang memasuki simpang jalan tanpa cermat hingga dilanggar motosikal.

Menurutnya, pacuan empat roda terbabit dalam perjalanan dari arah Taman Ria 9 menuju Taman Semarak namun tiba-tiba dilanggar ketika membelok masuk ke simpang jalan.

“Motosikal terlibat terlanggar belakang kenderaan pacuan empat roda terbabit yang menyebabkan penunggangnya cedera parah dan terpaksa dibawa ke hospital.

PIHAK ambulans tiba memberikan pertolongan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital.
PIHAK ambulans tiba memberikan pertolongan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas semasa menerima rawatan,” katanya, sambil mengesahkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat ASP Joan Lee dan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

  • oleh
  • Advertisement