Anda di sini

Pasar ikan sementara Semporna akan dibina serta merta

Advertisement
JAUJAN (tiga kiri) bersama Ginun (dua kiri) dan Nazri (empat kiri) meninjau tapak pembinaan pasar ikan sementara di sini pada Sabtu.
JAUJAN (tiga kiri) bersama Ginun (dua kiri) dan Nazri (empat kiri) meninjau tapak pembinaan pasar ikan sementara di sini pada Sabtu.

SEMPORNA: Kerajaan akan membina sebuah pasar ikan sementara di sini bagi membolehkan nelayan atau penjaja ikan memasarkan hasil laut masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kemudahan itu sangat diperlukan agar tidak menyusahkan penjaja ikan yang kini memasarkan hasil laut mereka di tepi jalan.

"Kini Semporna sudah tiada pasar ikan disebabkan kemudahan yang disediakan terdahulu telah dirobohkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Ia sepatutnya digantikan dengan projek pembinaan pasar ikan baharu tetapi sehingga kini kemudahan itu tidak disiapkan," katanya ketika ditemui dalam satu lawatan ke Tapak Pembinaan Ikan Sementara di kawasan Tabingan Laut, di sini pada Sabtu.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kemudahan itu akan dibina serta merta bagi menyediakan suasana yang lebih baik kepada para penjaja ikan di sini.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna Mohd Nazri Pintal.

  • oleh
  • Advertisement