Anda di sini

Kereta terjunam ke sungai, pemandu selamat

Advertisement
KEADAAN kereta mangsa yang terbabas ke dalam sungai.
KEADAAN kereta mangsa yang terbabas ke dalam sungai.

TAWAU: Kereta yang dipandu seorang sukarelawan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) terjunam ke Sungai Tawau, di Jalan Kuhara di sini, selepas terbabas sendiri.

Mujur, pemandu, Mohammad Nor Sessung, 53, terselamat dalam kejadian terbabit yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi, berhampiran Pejabat Jabatan Air Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan mengaku memandu dalam keadaan mengantuk semasa kejadian berlaku.

“Sebelum kejadian, pemandu dalam perjalanan dari arah Jalan Sin On menuju ke Jalan Apas namun terbabas dan terjunam ke sungai selepas hilang kawalan,”katanya.

Fadil berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu tidak dipengaruhi alkohol, bagaimanapun kemalangan berlaku akibat kecuaiannya semasa memandu.

Menurutnya, kereta terbabit mengalami pelbagai kerosakan, dan siasatan kes dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN166/99.

  • oleh
  • Advertisement