Anda di sini

Ed Sheeran mahu berkolaborasi dengan Drake

Advertisement
ED SHEERAN
ED SHEERAN
DRAKE
DRAKE

PENYANYI yang popular dengan lagu ‘Perfect’, Ed Sheeran berkata dia sangat teringin untuk berkolaborasi dengan “ramai orang” termasuk Drake.

“Saya rasa seperti pada satu masa, saya dan Drake perlu membuat sesuatu, saya rasa seperti ia perlu berlaku pada satu masa,” katanya dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly.

Sheeran juga menyebut bahawa dia mendapat inspirasi daripada penyanyi rap itu untuk album susulan akan datang selepas album ‘÷’.

“Saya seperti belajar dengan melihat bagaimana Drake melakukannya,” kata penyanyi itu.

“Drake mengeluarkan album-album ini yang sangat besar tetapi di antara album-album ini dia turut terlibat dengan projek dan bagaimanapun besar projek itu, ia tidak benar-benar menjadi hal kerana ia bukan album, jika itu masuk akal. Ia hanya menjernihkan suasana untuk album berikutnya.”

Sementara itu, dengan satu tahun lagi untuk meneruskan jelajah dunianya, sebuah dokumentari akan keluar, dan muzik baru untuk diusahakan, Sheeran menyatakan dalam satu temuramah video dengan BBC bahawa dia merancang untuk berehat selepas menyelesaikan jelajah dunianya pada September 2019 dan mengusahakan perkara lain.

Sheeran malah berkata dia teringin untuk menjadi sebahagian daripada muzikal seperti ‘The Lion King’, ‘Hamilton’, atau ‘Once’.

Dalam perkembangan lain, Sheeran akan berlakon sebagai dirinya sendiri dalam filem Danny Boyle seterusnya, peranan penting pertama dia di layar besar.

Dalam filem yang ditulis oleh Richard Curtis, bekas bintang EastEnders Himesh Patel bermain sebagai seorang penyanyi penulis lagu yang bangun pada satu hari sebagai satu-satunya orang di dunia yang mengingati The Beatles.

“Dan kemudian saya menemui dia dan membawanya melakukan jelajah. Kemudian dia semakin dikenali, lebih besar daripada saya . Ya, ia sangat pandai,” Sheeran kata dalam satu temubual baru-baru ini.

Advertisement