Anda di sini

Bomba temui lelaki sesat di hutan

Advertisement
ANGGOTA bomba menjumpai lelaki dilaporkan sesat.
ANGGOTA bomba menjumpai lelaki dilaporkan sesat.

SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan menyelamatkan seorang lelaki yang dilaporkan sesat ketika berjoging di Taman Rekreasi Hutan Simpan Kebun Cina, Taman Tshun Ngen Batu 5, malam Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata mangsa, Noribnas Herman, 33, ditemui pasukan penyelamat yang terdiri daripada pasukan bomba dan dibantu oleh kakitangan taman rekreasi berkenaan.

“Mangsa ditemui di laluan trek dalam hutan berkenaan pada jarak 5 kilometer dari lokasi utama taman rekreasi itu,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya telah menerima panggilan kira-kira jam 6.38 petang berhubung kejadian terbabit.

“Sebuah jentera bersama dua kenderaan bantuan dengan enam anggota yang diketuai oleh PBK ll, Mohd Arsad Kadir bergegas ke lokasi kejadian,” katanya. 

Anddre berkata semasa tiba di lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba yang turut dibantu tiga orang dari pihak taman itu. 

“Mangsa yang ditemui dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa keluar dari kawasan itu,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement