Anda di sini

‘Big Bang Theory’ bakal berakhir selepas 12 musim

Advertisement
 Gambar fail yang bertarikh 6 Januari 2016 ini menunjukkan barisan pelakon ‘The Big Bang Theory’ bergambar bersama di bilik media semasa People’s Choice Awards 2016 yang diadakan di Microsoft Theater di Los Angeles, California. ‘The Big Bang Theory’ akan berakhir dengan finale musim ke-12 pada Mei tahun depan. — Gambar AFP
AKAN BERAKHIR: Gambar fail yang bertarikh 6 Januari 2016 ini menunjukkan barisan pelakon ‘The Big Bang Theory’ bergambar bersama di bilik media semasa People’s Choice Awards 2016 yang diadakan di Microsoft Theater di Los Angeles, California. ‘The Big Bang Theory’ akan berakhir dengan finale musim ke-12 pada Mei tahun depan. — Gambar AFP

SIRI yang memenangi anugerah dan memecah penarafan ‘The Big Bang Theory’ akan berakhir dengan finale bagi musim ke-12 pada Mei tahun depan, kata CBS, yang memberi pujian kepada komedi yang lama bersiaran itu.

Dengan memberi tumpuan kepada seorang profesor yang begitu pintar tetapi janggal dari segi sosial dan kumpulan rakan saintisnya, ‘Big Bang’ merupakan tarikan penarafan komedi terbesar dalam penyiaran televisyen selama bertahun-tahun, dan memenangi 10 anugerah Emmy.

“Kita selama-lamanya bersyukur kepada peminat kami di atas sokongan mereka kepada ‘The Big Bang Theory’ selama 12 musim yang lalu,” CBS menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama penerbit Warner Bros. Television dan Chuck Lorre Productions.

“Kami, bersama barisan pelakon, penulis dan kru, amat menghargai kejayaan siri ini dan mahu menyampaikan musim terakhir, dan finale siri, yang akan membawa ‘The Big Bang Theory’ ke penutupan yang kreatif dan epik.”

Rancangan itu – yang akan menamatkan siaran selama 12 tahun dalam 279 episod – merupakan satu contoh yang unik bagi satu siri TV popular dan lama bersiaran yang berjaya mengekalkan angka tontonan yang begitu besar.

Musim terakhir menarik penonton hampir seramai 19 juta bagi setiap episod, tidak jauh daripada kemuncaknya 20.4 juta orang pada musim kesembilan.

Ia menjadi berita utama sejak beberapa musim kebelakangan ii bagi satu perjanjian yang bermakna barisan pelakon utamanya yang terdiri daripada Jim Parsons, Johnny Galecki, Kunal Nayyar, Simon Helberg, Kaley Cuoco, Mayim Bialik dan Melissa Rauch semua menerima pendapatan yang sama – dianggarkan di bawah AS$1 juta (RM3.8 juta) bagi satu episod.

“Terdapat banyak cara untuk melihat ‘Big Bang Theory’ selama 12 tahun menjelang penutupannya, tetapi bagi saya, ia adalah keluarga yang berhimpun setiap minggu untuk mewujudkan usaha kasih yang tulen,” kata pencipta bersama Billy Prady dalam Twitter.

“Saya akan menghargai keluarga Big Bang saya hingga ke akhir hayat saya.”

Pada tahun lepas CBS mengadakan tayangan perdana untuk ‘Young Sheldon’, siri prekuel yang dibintangi Iain Armitage sebagai versi berusia sembilan tahun bagi genius skema, Sheldon Cooper. Ia memulakan musim keduanya di CBS pada September.

Musim terakhir rancangan utama mengadakan tayangan perdana pada Isnin 24 September sebelum ia beralih balik kepada slot masa tetapnya pada Khamis. — AFP

Advertisement