SYDNEY: Para pemimpin Katolik di Australia semalam berikrar sejarah pencabulan kanak-kanak yang “memalukan” dalam Gereja mereka dan penyembunyiannya tidak akan berulang lagi, tetapi menolak seruan inkuiri kebangsaan untuk melaporkan sera-ngan sedemikian yang didedahkan dalam sakramen pengakuan dosa.
Gereja secara rasmi menjawab sebuah suruhanjaya diraja berusia lima tahun yang menyiasat pencabulan kanak-kanak oleh institusi, selepas ia diarah oleh kerajaan setelah tekanan selama sedekad untuk menyiasat dakwaan yang berleluasa di seluruh negara.
“Ramai uskup gagal untuk mendengar, gagal untuk percaya, dan gagal untuk bertindak,” kata Presiden Persidangan Uskup-uskup Katolik, Uskup Agung Mark Coleridge.
“Kegagalan itu memboleh-kan beberapa pencabul untuk melakukan kesalahan itu berkali-kali, dengan akibat yang tragis dan kadang-kadang menyebabkan kematian. Uskup dan pemimpin perkumpulan agama berikrar pada hari ini: tidak akan berlaku lagi.”
Suruhanjaya berkenaan dihubungi lebih 15,000 mangsa yang menceritakan tentang dakwaan pencabulan melibatkan gereja, rumah yatim-piatu, kelab sukan, kumpulan belia dan sekolah, selalunya sejak berdekad-dekad yang lalu.
Antara saranan inkuiri itu ialah agar paderi melanggar kerahsiaan tradisional dalam sakramen pengakuan dosa jika mereka diberitahu tentang pencabulan, tetapi Gereja berkata syarat sedemikian melanggar kebebasan agama dan “tidak dapat dirunding”.
“Ini bukan kerana kami menganggap diri lebih tinggi daripada undang-undang atau kerana kami tidak fikir keselamatan kanak-kanak amat penting sekali – kami fikir ia amat penting sekali,” kata Coleridge.
“Namun kami tidak me-nerima perlindungan dan kerahsiaan (sakramen penga-kuan dosa) sebagai eksklusif daripada satu sama lain. Kami juga tidak percaya bahawa memansuhkan kerahsiaan akan menjadikan kanak-kanak lebih selamat lagi.”
Dalam jawapannya, Gereja berpendapat pesalah atau mangsa tidak mungkin akan bercakap tentang pencabulan dalam sakramen pengakuan dosa jika keyakinan kepada kerahsiaan sakramen diganggu-gugat.
“Maka itu peluang akan hilang bagi menggalakkan pesalah untuk melaporkan diri kepada pihak berkuasa awam atau mangsa untuk mencari keselamatan,” katanya.
Inkuiri itu juga menyeru agar pembujangan di kala-ngan paderi ditentukan secara sukarela, dan masyarakat Katolik di Australia bersetuju untuk mendapatkan nasihat pakar teologi dan undang-undang gereja dalam konsultasi dengan Takhta Suci mengenai isu itu.
Suruhanjaya diraja itu, yang mendengar cerita dahsyat sewaktu pendengaran awam dan tertutup yang selalunya meletihkan dari segi emosi, mengemukakan laporan muktamadnya pada Disember lalu.
Ia mendapati institusi di Australia “mengecewakan dengan serius” kanak-kanak dalam jagaan mereka dengan puluhan ribu yang mengalami serangan seksual.
Sewaktu pendengaran, ia dimaklumkan tujuh peratus paderi Katolik di Australia dituduh melakukan pencabulan di antara 1950 hingga 2010, tetapi dakwaan itu tidak pernah disiasat, kanak-kanak tidak dipedulikan dan malah dihukum apabila mereka tampil.
Coleridge mengakui “kegagalan amat besar” Gereja di Australia, seperti di negara lain di dunia, telah me- rosakkannya.
“Kami tahu hanya tindakan sahaja, bukan kata-kata, dapat membina semula kepercayaan. Dan selagi kepercayaan itu tidak dibina semula, semua permohonan maaf di dunia tidak akan menepati jangkaan,” katanya.
“Tiada lagi penyembu-nyian, tiada lagi memin-dahkan orang yang dituduh melakukan pencabulan, tiada lagi usaha untuk meletakkan reputasi Gereja lebih tinggi daripada keselamatan kanak-kanak.
“Kami akan bertindak dengan cepat kepada tuduhan terhadap kakitangan Gereja. Kami akan menambah baik struktur urus tadbir kami, kami akan lebih telus, dan kami akan mendengar.”
Sister Monica Cavanagh, Presiden Catholic Religious Australia, berkata Gereja menerima 98 peratus saranan yang dikemukakan, dan menyifatkan inkuiri itu sebagai “waktu yang penting dan perlu bagai masyarakat Australia”.
“Proses sudah dimulakan untuk memperbaharui amalan Gereja bagi memastikan perlindungan menjadi inti pati semua perkara yang kami buat sebagai sebahagian daripada pelayanan kami dalam masyarakat,” katanya.
“Menjadikan Gereja tempat yang lebih selamat untuk anak-anak kita dan orang yang lemah adalah nadi komitmen kami kepada misi,” kata- nya. — AFP