Anda di sini

Super Junior, iKON artis penutup Sukan Asia 2018 di Jakarta esok

__alt__

DUA kumpulan muzik K-pop dari Korea Selatan iaitu Super Junior dan iKON antara penghibur yang akan membuat persembahan di majlis penutup Sukan Asia 2018 yang akan diadakan esok (2 September).

Majlis penutup tersebut akan berlangsung di stadium utama Gelora Bung Karno di Jakarta, dan secara rasmi akan menutup acara sukan selama 16 hari itu.

Tiket-tiket untuk menyaksikan acara itu secara langsung dijual pada harga dari 450,000 rupiah (AS$31) hingga ke 2 juta rupiah (ASS$137).

Selain Super Junior dan iKON, penghibur lain yang turut membuat persembahan kebanyakannya adalah artis-artis terkemuka dari Indonesia sendiri seperti penyanyi Citra Bunga Lestari dan kumpulan rock tempatan GIGI.

Super Junior dan iKON mempunyai kumpulan peminat yang besar di Indonesia.

Super Junior, terkenal dengan lagu hit seperti ‘Sorry, Sorry’ dan ‘Black Suit’, ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah syarikat SM Entertainment dan pada kemunculan pertama asalnya mempunyai 12 orang ahli.

iKON, terkenal dengan lagu seperti ‘Love Scenario’ dan ‘Killing Me’, ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah syarikat YG Entertainment.

Advertisement