Anda di sini

Ratusan pendatang dipindahkan akibat pertempuran di pusat tahanan: UNHCR

Advertisement
 Pendatang menerima bantuan makanan di pusat perlindungan selepas                      dipindahkan dari pusat tahanan kendalian kerajaan akibat pertempuran bersenjata antara                kumpulan bermusuhan di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Hani Amara/Reuters
TERIMA BANTUAN: Pendatang menerima bantuan makanan di pusat perlindungan selepas dipindahkan dari pusat tahanan kendalian kerajaan akibat pertempuran bersenjata antara kumpulan bermusuhan di Tripoli, Libya kelmarin. — Gambar Hani Amara/Reuters

TRIPOLI: Beratus-ratus pendatang ditahan di sebuah pusat tahanan di selatan ibu negara Libya telah dipindahkan pada minggu ini ketika pertempuran sengit meletus antara kumpulan bersenjata, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) kelmarin.

Pertempuran jalanan antara pihak militia yang bermusuhan berlaku di subbandar selatan di Tripoli sejak Isnin hingga Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terkorban dan hampir 100 terce-dera, menurut kementerian kesihatan Libya.

Kira-kira 300 pendatang – kebanyakannya dari Eritrea, Habsyah dan Somalia – di pusat tahanan Ain Zara  telah berada dalam “bahaya yang jelas akan terperangkap dalam ketegangan tersebut,” kata UNHCR.

Mereka telah dipindahkan pada Selasa lepas ke pusat tahanan Abu Salim di bandar utama,  “yang berada di dalam satu lokasi lebih selamat di mana pihak organisasi antarabangsa boleh memberikan bantuan kepada mereka”, tambah UNHCR.

Operasi pemindahan telah dilakukan sejajar dengan organisasi PBB yang lain, termasuk dari Doctors Without Borders (MSF) dan Jabatan bagi Menangani Imigrasi  Haram, katanya.

Terlibat dalam ketega-ngan selepas kejatuhan dan pembunuhan diktator sebelum ini Muammar Ghaddafi dalam satu kebangkitan yang disokong oleh NATO pada 2011, Libya telah menjadi sebuah kawasan persinggahan utama bagi pendatang Afrika sub-Sahara yang melakukan pertaruhan sulit berbahaya untuk pergi ke Eropah.

Penyeludup manusia telah mengambil kesempatan dari kemelut itu, meletakkan pendatang Afrika yang cuba untuk pergi ke Eropah dalam risiko lebih besar.

Ramai pendatang, dihalang atau diselamatkan di laut, mendapati diri mereka telah ditahan di beberapa pusat tahanan dengan keadaan yang teruk.

Dalam kenyataannya, UNHCR berkta ia “menentang penahanan pelarian dan pemohon suaka yang memerlukan perlindungan antarabangsa.” — AFP

Advertisement