Anda di sini

Polis dikecam kerana minta wartawan ‘berkelakuan seperti wanita’

Advertisement
 Gambar serahan Jabatan Polis Denver menunjukkan seorang anggota polis menangkap Greene di tepi jalan Denver, Colorado pada  5 Julai lalu. — Gambar AFP
TANGKAP: Gambar serahan Jabatan Polis Denver menunjukkan seorang anggota polis menangkap Greene di tepi jalan Denver, Colorado pada 5 Julai lalu. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Polis di Colorado menjadi sasaran kecaman selepas seorang anggota polis memberitahu seorang wartawan “agar berkelakuan seperti seorang wanita” ketika dia digari kerana mengambil gambar.

Satu rakaman video daripada kamera badan dalam insiden 5 Julai dikeluarkan pada minggu ini oleh Jabatan Polis Denver menunjukkan kejadian antara Susan Greene, pengarang Colorado Independent, dan dua anggota polis.

Greene telah menggunakan telefon bimbitnya untuk meng-ambil gambar seorang lelaki Afrika-Amerika yang ditangkap oleh polis di tepi jalan bandar ketika dia diarahkan agar berhenti berbuat sedemikian atas dasar ia telah melanggar undang-undang privasi.

“Terdapat juga Pindaan Pertama. Adakah kamu pernah mendengar tentangnya?” Greene didengari menjawab dalam video, menyebabkan salah seorang anggota polis tersebut memegang lengannya dan menggarinya di samping memberitahu dia agar “berdiri dan berkelakuan seperti seorang wanita”.

“Adakah kamu (sengaja) mempersendakan saya,” soal Greene.

Jabatan Polis Denver berkata satu siasatan dalaman sedang dilakukan, sambil menambah bahawa ia telah meng-anjurkan satu sesi latihan bagi anggota polis mengenai isu Pindaan Pertama dikaitkan dengan kebebasan bersuara dan kebebasan media. — AFP
   

Advertisement