
PHNOM PENH: Mahkamah Perbandaran Phnom Penh di Kemboja menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun terhadap seorang pembuat filem Australia selepas mendapati dia bersalah atas tuduhan pengintipan semalam.
James Ricketson, 69, ditangkap pada Jun lepas selepas dia dirakam menerbangkan sebuah dron di atas satu rali politik yang dianjurkan oleh pembangkang yang sekarang dibubarkan, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP).
Bercakap di mahkamah selepas keputusan tersebut, Ricketson menyuarakan rasa tidak percaya.
“Untuk negara yang mana saya melakukan pengintipan itu?” soalnya. — Reuters