Anda di sini

15 bayi merdeka dilahirkan di Hospital Lahad Datu

Advertisement
HAMIZA bersama anak sulungnya, Nadia.
HAMIZA bersama anak sulungnya, Nadia.

LAHAD DATU: Seramai 15 bayi merdeka dilahirkan di Hospital Lahad Datu (HLD) sejak awal pagi Jumaat.

Pengarah HLD, Tan Hee Ting berkata tujuh bayi lelaki dan lapan perempuan bertuah itu dicatat dilahirkan seawal jam 1.45 pagi.

Menurutnya, bayi pertama seorang bayi sulung yang diberi nama Nadia Alyssa Az Zahra selamat dilahirkan ibunya, Siti Hamiza Abd Hamad, 26.

Manakala detik akhir tarikh keramat Hari Kebangsaan Malaysia ke-61 itu turut memberi tuah kepada Jovinia Liew Ai Len, 35, yang melahirkan bayi lelakinya jam 11.22 malam.

JOVINIA bersama anak lelakinya.
JOVINIA bersama anak lelakinya.

"HLD mengendalikan enam bayi lelaki dan empat perempuan yang dilahirkan secara normal," katanya.

Dengan tiada kelahiran kembar, kakitangan hospital yang bertugas selamat mengendalikan lima kelahiran secara pembedahan iaitu seorang lelaki dan empat peremuan.

  • oleh
  • Advertisement