Anda di sini

Polis bunuh remaja kulit hitam dipenjara 15 tahun

Advertisement
 Gambar gabungan serahan Pejabat Syerif Daerah Parker menunjukkan              Oliver selepas ditangkap di Weatherford, Texas pada 5 Mei, 2017. — Gambar Reuters
DIDAPATI BERSALAH: Gambar gabungan serahan Pejabat Syerif Daerah Parker menunjukkan Oliver selepas ditangkap di Weatherford, Texas pada 5 Mei, 2017. — Gambar Reuters

MILWAUKEE: Seorang bekas anggota polis berkulit putih di Texas dipenjara kelmarin selama 15 tahun berhubung seorang remaja berkulit hitam tanpa senjata yang ditembaknya sehingga mati di sebuah bandar pinggiran Dallas pada tahun lepas yang mencetuskan perdebatan kebangsaan tentang kemungkinan wujudnya sikap perkauman dalam kepolisan Amerika Syarikat.

Juri sama yang mensabit Roy Oliver, 38, atas tuduhan membunuh pada Selasa lepas dalam kematian Jordan Edwards, 15, membuat pertimbangan selama beberapa jam sebelum mereka membuat keputusan tentang hukuman penjaranya.

Pensabitan Oliver merupakan satu contoh yang jarang berlaku di mana seorang anggota polis didapati bersalah atas tuduhan membunuh seseorang yang tidak bersenjata.

“Kes ini lebih besar daripada Jordan,” kata Daryl Washington, seorang peguam untuk keluarga Edwards. “Kami cuma berharap beberapa per-ubahan akan berlaku.”

Dalam keterangan emosional sewaktu fasa hukuman dalam perbicaraan kelmarin, ibu Oliver meminta juri menjatuhkan hukuman minimum lima tahun ke atas anaknya, terutamanya kerana keperluan anak mudanya yang mempunyai autisme.

“Itulah doa saya kerana dia masih dapat memberi impak kepada kehidupan anak itu,” kata Linda Oliver kepada juri.

Peguam Oliver, Bob Gill, berkata mereka akan merayu hukuman itu, sebuah saluran sekutu ABC di Texas melaporkan.

Dua anggota polis yang bekerja dengan Oliver dan seorang jiran adalah antara mereka yang memberikan keterangan sebagai saksi perwatakan.

Saksi pendakwaan pada Selasa lepas termasuk bapa Edwards, Odell Edwards, yang memberitahu perkara terakhir yang dia beritahu kepada anaknya ialah dia menyayanginya.

Oliver, bersama seorang anggota polis lain, telah menyiasat laporan tentang budak bawah umur yang mengambil minuman keras di sebuah parti rumah di bandar majoriti kulit hitam dan Hispanik, Balch Springs, kira-kira 25 kilometer ke tenggara Dallas.

Oliver melepaskan tembakan beberapa kali ke dalam sebuah kereta yang membawa beberapa budak remaja, kata pendakwa raya.

Edwards, seorang atlet dan pelajar sekolah tinggi yang cemerlang, terkena tembakan di kepala dan mati serta-merta.

Ahli juri menimbang kes itu selama kira-kira 12 dalam tempoh dua hari sebelum mereka mencapai keputusan selepas perbicaraan yang bermula pada pertengahan Ogos.

Michael Snipes, penolong peguam daerah pertama, berkata Oliver merupakan seorang anggota polis yang suka melepaskan tembakan sehingga menyebabkan remaja terbabit mati awal.

Waran tangkap bagi Oliver menyebut dia dan seorang lagi anggota polis cuba meng-hentikan sebuah kereta di satu persimpangan dekat premis parti.

Rakannya itu memecah tingkap penumpang dengan pangkal pistolnya.

Imej kamera badan polis yang dipamerkan kepada ahli juri menunjukkan kereta berkenaan meninggalkan Oliver ketika dia menembaknya.

Peguam bela Oliver, Jim Lane, berkata kenderaan itu mengancam rakan Oliver pada malam itu dan dia bertindak untuk menyelamatkan rakannya dengan menembak ke dalam kereta. — Reuters

Advertisement