Anda di sini

Pemberita televisyen Mexico ditembak mati

Advertisement

KOTA MEXICO: Seorang pemberita televisyen Meaxico ditembak mati kelmarin di bandar raya peranginan Cancun, kata majikannya, wartawan kelapan dibunuh pada tahun ini di sebuah negara yang amat bahaya untuk media.

Javier Enrique Rodriguez Valladares bekerja sebagai jurukamera dan pemberita untuk Canal 10.

Stesen itu berkata keluarganya sudah mengesah-kan kematiannya.

Kerajaan negeri Quintana Roo, yang merangkumi Cancun, berkata seorang lagi lelaki turut ditembak mati bersamanya, dilaporkan ketika kedua-dua mereka sedang berjalan di sebuah lebuh di pusat bandar raya.

Canal 10 berkata Rodriguez Valladares umumnya seorang jurukamera tetapi turut me-ngadakan temu ramah dan menulis rencana mengenai isu politik.

Kerajaan negeri berkata tiada petanda segera yang menunjukkan pembunuhan itu ada kaitan dengan kerjanya tetapi semua saluran siasatan masih terbuka.

Valladares merupakan wartawan kedua yang mengalami kematian yang kejam di kawasan Cancun pada tahun ini.

Ruben Pat, ketua penga-rang akhbar mingguan Playa News, ditembak mati di luar sebuah bar di Playa del Carmen pada Julai lalu, tidak jauh dari pusat tarikan pelanco-ngan itu.

Pada tahun lepas 11 wartawan terbunuh di Mexico, yang mengalami keganasan berkaitan dadah yang buruk.

Menurut pelbagai orga-nisasi kebebasan bersuara, lebih 100 wartawan sudah dibunuh di Mexico sejak 2000. Majoriti besar jenayah tersebut belum lagi dihukum. — AFP

Advertisement