Anda di sini

Shafie bersyukur diberi kekuatan menentang BN

Advertisement
SHAFIE
SHAFIE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan beliau dan rakan-rakan Parti Warisan Sabah kekuatan untuk menghadapi cabaran menentang kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata kerajaan BN tidak teragak-agak untuk menahan dan memasukkan lawan mereka ke dalam penjara dengan menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah.

"Semangat para pemimpin Parti Warisan Sabah serta ahlinya menjadi lebih kuat di mana, semakin ramai rakyat pelbagai lapisan menyertai parti ini bagi mengakhiri rejim Barisan Nasional yang korup.

"Kita tahu bahawa kerajaan negeri terdahulu telah mencuba sedaya upaya untuk menghancurkan Parti Warisan yang berjuang menentang kerajaan BN yang korup di bawah pimpinan Tan Sri Musa Aman, yang melakukan apa sahaja usaha untuk mengetepikan musuh politiknya. Namun dia gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shafie berkata keputusan yang diumumkan di Parlimen pada Selasa membersihkan dirinya dan parti daripada sebarang perbuatan salah, dan membuktikan keikhlasan perjuangan mereka.

"Kita akan terus mendedahkan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang oleh kerajaan terdahulu bagi memastikan apa sahaja harta negeri yang telah diambil secara tidak sah akan dikembalikan dan bermula dari sekarang, semua kewangan kerajaan akan dibelanjakan dengan sebaiknya untuk rakyat dan negeri," katanya.

Advertisement