Anda di sini

Lelaki miliki 3 senjata api tiruan ditangkap

Advertisement
HABIBI (tengah) bersama pegawai polis lain menunjukkan senjata api tiruan yang dirampas daripada suspek.
HABIBI (tengah) bersama pegawai polis lain menunjukkan senjata api tiruan yang dirampas daripada suspek.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didapati memiliki senjata api tiruan ditangkap selepas menayangkan senjata api berkenaan hingga menimbulkan ketakutan pada orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek yang berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi di sebuah pusat hiburan di sini pada 25 Ogos lepas.

Menurutnya, sebelum kejadian suspek dipercayai berselisih faham dengan seorang pelancong lelaki akibat mabuk hingga bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dipercayai tiruan dan menayangkannya ke udara.

Katanya, tindakan suspek itu menimbulkan ketakukan orang awam yang berada di pusat hiburan berkenaan.

"Semasa diberkas, suspek turut bertindak kasar menyebabkan anggota polis terpaksa bergelut sebelum berjaya menahan suspek.

"Hasil pemeriksaan lanjut pada hari yang sama, polis turut menemukan dua lagi senjata api tiruan masing-masing ditemukan di kereta dan rumah suspek.

"Suspek turut didapati positif dadah jenis ganja dan disiasat di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," jelasnya pada sidang media di sini hari ini (Isnin).

Beliau berkata, reman suspek yang tamat pada 27 Ogos 2018 disambung untuk siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement