Anda di sini

Kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam mesin basuh

Advertisement
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada bahagian pengering mesin basuh terbabit.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada bahagian pengering mesin basuh terbabit.

SANDAKAN: Keseronokan seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun bermain dalam mesin basuh, bertukar cemas apabila dia terperangkap dalam mesin terbabit dalam kejadian di rumah PPR Batu 12, Sungai Manila di sini pagi tadi (Isnin).

Insiden berkenaan menyebabkan ibu mangsa menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan mangsa daripada mesin basuh berkenaan (bahagian pengering).

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.43 pagi lalu mengerahkan sebuah jentera Scania, sebuah kenderaan EMRS dan sebuah utiliti ke lokasi kejadian.

MANGSA ditenangkan ibunya semasa operasi dilakukan anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.
MANGSA ditenangkan ibunya semasa operasi dilakukan anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

"Anggota penyelamat yang terlibat terdiri seorang pegawai operasi PBK I, seorang penyelia skuad dan seorang anggota tiba di lokasi pada jam 10.57 pagi dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa terbabit," katanya.

Anddre berkata mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 11 pagi dan operasi ditamatkan.

  • oleh
  • Advertisement