Anda di sini

Semua penerbangan domestik Sarawak, Sabah dikecuali SST

Advertisement
 Dr Ting (dua kanan) menerangkan kepada media mengenai pengecualian SST penerbangan domestik antara bandar di Sarawak dan Sabah.
JELAS: Dr Ting (dua kanan) menerangkan kepada media mengenai pengecualian SST penerbangan domestik antara bandar di Sarawak dan Sabah.

MIRI: Semua penerbangan domestik antara bandar di Sarawak dan Sabah dikecualikan daripada dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata perkara tersebut telah mendapat persetujuan daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Ini hanya untuk Sabah dan Sarawak apabila penerbangan antara bandar di kedua-dua negeri dikecualikan SST.

“Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) bersetuju mengecualikan SST bagi penerbangan antara bandar di Sarawak dan Sabah semasa pertemuan dengan beliau dua minggu lalu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, ADUN Pelawan David Wong dan Pengerusi DAP Senadin Dr Bob Baru.

Bagaimanapun, penerbangan domestik antara negeri keluar dan masuk ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia kekal dikenakan SST.

Dalam pada itu, Dr Ting sempat mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) kerana kekal berdiri teguh dalam pendirian mereka terhadap isu Pasar Malam SABERKAS.

“Tahniah saya ucapkan kepada Adam Yii (Datuk Bandar Miri) dan ahli majlis untuk kekal dengan pendirian mereka terhadap isu tersebut.

“Ini adalah keputusan dan perkara yang betul dibuat oleh MBM kerana jika tidak ditangani sekarang ia menjadi satu masalah besar pada kemudian hari,” katanya.

Peniaga di Pasar Malam SABERKAS mencabut undi menentukan lot berniaga pada Isnin (esok).

  • oleh
  • Advertisement