Anda di sini

Versi istimewa ‘IDOL’ BTS tampilkan penyanyi rap Nicki Minaj

Advertisement
 Lagu ‘IDOL’ kumpulan BTS yang dikeluarkan secara rasmi semalam menampilkan penyanyi rap antarabangsa Nicki Minaj. Lagu itu boleh didapati dalam versi digital ‘Love Yourself  - Answer’.
KOLABORASI: Lagu ‘IDOL’ kumpulan BTS yang dikeluarkan secara rasmi semalam menampilkan penyanyi rap antarabangsa Nicki Minaj. Lagu itu boleh didapati dalam versi digital ‘Love Yourself - Answer’.
__alt__

BIG HIT Entertainment baru-baru ini telah mengumumkan berita gembira buat semua peminat BTS iaitu mereka akan menambah sebuah lagu istimewa ke dalam senarai lagu ‘Love Yourself - Answer’.

Lagu terakhir itu akan ditambah ke dalam versi digital ‘Love Yourself  - Answer’, yang sebelum ini tidak tersedia dalam album fizikal iaitu versi istimewa lagu BTS berjudul ‘IDOL’ yang akan menampilkan penyanyi rap antarabangsa Nicki Minaj.

Dilaporkan, selepas menghabiskan pengeluaran untuk album mutakhir mereka yang dikeluarkan semula, ahli-ahli BTS mencadangkan gaya rap Nicki Minaj memang sesuai sangat dengan ‘IDOL’, dan selepas mendekati Nicki Minaj, penyanyi rap Amerika itu bersetuju untuk bekerjasama.

Dalam perkembangan berkaitan, tiket-tiket untuk konsert pertama BTS di sebuah stadium AS telah habis terjual sebaik sahaja jualan bermula.

Sensasi K-pop tujuh anggota itu akan mengadakan konsert solo di Stadium Citi Field, New York City pada 6 Oktober sebagai sebahagian daripada lawatan dunia 16 buah negaranya, termasuk Kanada, Britain, Jerman dan Perancis.

Kumpulan itu akan memulakan jelajah dengan beberapa konsert di Seoul pada 25 dan 26 Ogos.

BTS akan menjadi artis pertama dari Korea Selatan yang mengadakan konsert solo di situ.

Advertisement