Anda di sini

Tiga Orang Utan dipindahkan

Advertisement
SEKADAR GAMBAR HIASAN

SANDAKAN:  Tiga Orang Utan yang merosak dan memakan buah-buahan tanaman penduduk Kampung Sri Ganda dipindahkan ke Hutan Simpan Kulamba Kinabatangan, hari ini.

Pegawai Perhubungan Media Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata pihaknya menerima laporan pada 16 Ogos lepas dari penduduk Kampung Sri Ganda Kinabatangan mengenai kehadiran Orang Utan yang memakan buah-buahan di kebun mereka.

Katanya jabatan itu telah menghantar ranger dan Pegawai Veteriner Dr Nabila Sarkawi ke kampung itu pada Isnin lepas untuk melakukan penilaian dan operasi pemindahan Orang Utan.

Dalam operasi itu, tiga ekor Orang Utan jantan berumur tujuh, 15 dan 25 tahun berjaya ditangkap, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata setelah pemeriksaan kesihatan dilakukan, kesemua Orang Utan itu dilepaskan di Hutan Simpan Kulamba Kinabatangan.-Bernama.

Advertisement