Anda di sini

Masyarakat perlu miliki daya inovatif

Advertisement
PENGERUSI penganjur, Abdullah Pungut (dua kiri) beramah mesra bersama Yusof dan pengunjung majlis kenduri kesyukuran dan ibadah korban di Kg Batu 7 Pantai Sipitang.
PENGERUSI penganjur, Abdullah Pungut (dua kiri) beramah mesra bersama Yusof dan pengunjung majlis kenduri kesyukuran dan ibadah korban di Kg Batu 7 Pantai Sipitang.

SINDUMIN: Masyarakat di negeri Sabah khususnya di daerah ini disaran menyumbang kepakaran masing-masing dalam bidang tertentu.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata masyarakat terutama individu yang memiliki daya inovatif  tersendiri perlu mencari kaedah baharu bagi mengembangkan lagi daya keusahawanan bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.

"Jika dilihat masih banyak peluang untuk maju terutama dalam bidang keusahawanan. Justeru masyarakat harus mengambil peluang yang ada bagi memastikan tiada siapa pun yang tertinggal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Kesyukuran dan ibadah korban di Kampung Batu 7  Pantai Sipitang, baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata, bagi memastikan semua pihak dapat menyumbang kepakaran masing-masing, setiap masyarakat perlu menanam semangat tinggi untuk maju ke hadapan.

Beliau berkata semangat yang sama harus dikekalkan bukan sahaja di peringkat awal tetapi juga pada setiap masa dan yang paling penting adalah usaha menimba ilmu bagi mengembangkan lagi daya keusahawanan serta perniagaan masing-masing.

Justeru Yusof menggesa orang ramai terutama ibu bapa agar sentiasa mengutamakan pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan setiap individu mampu menyumbang kepada pembanganun negeri dan negara.

"Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Dorongan seumpama ini pasti akan memberi impak kepada anak-anak.

"Janganlah leka, kita harus bangkit bersama-sama agar kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan global yang penuh dengan persaingan dan cabaran," katanya.

  • oleh
  • Advertisement