Anda di sini

Kastam akan pastikan rokok seludup di pasaran Sabah dihapuskan

Advertisement
ZULKIFLI (empat kiri) menyaksikan Jaujan (empat kanan) menyerahkan cek replika kepada wakil Rumah Warga Tua Air Panas Tawau hari ini.
ZULKIFLI (empat kiri) menyaksikan Jaujan (empat kanan) menyerahkan cek replika kepada wakil Rumah Warga Tua Air Panas Tawau hari ini.

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan penjualan rokok seludup di pasaran Sabah akan dihapuskan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata, pihaknya sentiasa memandang serius aktiviti penyeludupan di Sabah khususnya melibatkan rokok dan dadah.

"Kita akan memastikan tidak ada barang-barang dibawa masuk ke negara kita tanpa kelulusan Kastam...ini bermakna tidak ada barangan seludup.

"Sabah menjadi sasaran kepada aktiviti penyeludupan rokok dan kita akan sedaya upaya memastikan rokok seludup tidak dijual di pasaran...kita akan rampas dan ambil tindakan," katanya ketika ditemui pada Kayuhan Amal Anak Merdeka 2018 anjuran Jabatan Kastam di sini hari ini.

Beliau berkata, tahun ini sahaja sejumlah 156 kilogram penyeludupan dadah berjaya ditahan dan mereka yang terlibat turut ditangkap.

Katanya, statistik menunjukkan kes penyeludupan rokok dan dadah masuk ke Sabah tahun ini berjaya dikurangkan berbanding tahun lalu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Pembantu Menteri Kewangan Saripuddin Hatta, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong, Pembantu Menteri Pembangunan Infastrukur Datuk Abdul Muis Pichu serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement