Anda di sini

Astro bawa kandungan berkualiti tinggi menerusi #akuMalaysiaku

Advertisement

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan, Astro meraikan kisah-kisah rakyat Malaysia yang penuh inspirasi menerusi kempen Malaysiaku.

Bertemakan #akuMalaysiaku, Astro akan membawakan kandungan-kandungan berkualiti tinggi dan beberapa buah video yang memaparkan kisah rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat.

Antara kandungan yang ditawarkan adalah ‘Paskal’, sebuah filem aksi arahan Adrian Teh, ‘Gemilang 75’ yang merupakan tribute buat pasukan hoki Malaysia yang menyertai Piala Dunia 1975, ‘Dari Setinggan ke Grand Slam’ arahan Basir Siswo yang memaparkan kisah pendaki Grand Slam termuda di dunia, Muhammad Muqharabbin (Qobin), dokumentari ‘Road to Nationhood: Sarawak Reclaimed’ arahan Ahmad Yazid dan pelbagai lagi kandungan istimewa sempena kempen Malaysiaku.

Selain itu, program-program di bawah kempen Malaysiaku Gemilang oleh Astro Awani terutamanya Projek SETIA akan turut dikongsikan.

Astro Radio pula membawakan Suara Malaysia, sebuah lagu istimewa yang dinyanyikan oleh para penyampai radio dan juga sebuah lagu baharu bertajuk Malaysiaku yang dinyanyikan oleh Syamel, Zizi Kirana, Kidd Santhe, Lil J, Ernie Zakri dan Ara Johari.

Satu sidang media mengenai kempen ini akan diadakan pada 27 Ogos 2018 ini (Isnin) di di Astro, Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan bersama para pengarah dan selebriti yang menjayakan kempen Malaysiaku akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai kempen ini pada majlis sidang media kelak.

Menarik lagi, para hadirin di sidang media ini juga akan dihiburkan dengan persembahan lagu patriotik yang cukup terkenal berjudul ‘Setia’ yang akan dinyanyikan oleh Man Bai, Syamel, Ernie Zakri, Ara Johari, Francissca Peter dan Nicole Lai.

Advertisement