Anda di sini

ASADIA pupuk kemahiran bermain Sape dalam kalangan generasi muda

Advertisement
 Mabong (empat kanan) dan Ngo (empat kiri) merakamkan gambar bersama peserta kelas Sape siri keenam Asadia.
SAPE: Mabong (empat kanan) dan Ngo (empat kiri) merakamkan gambar bersama peserta kelas Sape siri keenam Asadia.

KUCHING: Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) terus giat mengembangkan kemahiran bermain alat muzik Sape dalam kalangan generasi muda masa kini terutama masyarakat Dayak.

Ketua Asadia, Mabong Unggang berkata selain mengembangkan serta memartabatkan lagi seni muzik Sape, usaha ini juga salah satu cara memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat Dayak.

“Sebab itu kita meneruskan kelas belajar Sape untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami dan mempelajari kemahiran bermain Sape.

“Tujuan kita bukan sahaja untuk memelihara dan memartabatkan seni ini tetapi pada masa yang sama menyokong industri Sape.

“Apabila semakin ramai masyarakat kita yang pandai dan mahir bermain Sape maka secara tidak langsung permintaan terhadap alat muzik Sape juga meningkat.

“Ini secara tidak langsung akan membantu menjana ekonomi rakyat kita terutama pembuat Sape tempatan,” katanya.

Terdahulu Mabong hadir menyaksikan peserta bagi kelas Sape siri keenam  Asadia memulakan latihan di Pejabat SADIA yang terletak di Kota Sentosa di sini.

Kelas tersebut disertai seramai 10 peserta di bawah bimbingan Ngo Hawing yang merupakan seorang pemain Sape yang mahir.

Sejak diperkenalkan, Asadia telah melatih seramai 85 peserta Sape termasuk bagi siri keenam yang mana sedang berlangsung kini setiap hari Jumaat bermula jam 7.30 malam.

  • Mereka yang berminat untuk menyertai program kelas kebudayaan anjuran Asadia boleh berhubung dengan Mabong di talian 012-6925562.
  • oleh
  • Advertisement