Anda di sini

Bunkface ajak peminat selami semangat kemerdekaan

Advertisement
 

DEMI mendalami semangat kemerdekaan rakyat Malaysia, kumpulan rock Bunkface baru-baru ini telah mengendalikan sebuah eksperimen sosial di sekitar Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL).

Dengan menggunakan skrin gergasi Pavilion KL, ramai rakyat Malaysia dan luar negara telah menyertai sebuah permainan dalam menentukan sejauh manakah mereka mengenali Malaysia.

Sesi eksperimen sosial itu diakhiri dengan persembahan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’ dan ‘Revolusi’ oleh Bunkface di sekitar Pavilion Crystal Fountain.

Menurut Sam Bunkface, “Dengan kerjasama bersama Media Prima Berhad, kami mengambil inisiatif ini untuk bertemu rakyat Malaysia dengan satu pendekatan yang berbeza. Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, Alhamdulillah lagu kami dipilih sebagai lagu tema kempen kemerdekaan Malaysia yang ke-61.

“Dengan pembaharuan ini, pendekatan kami adalah dengan membuat kuiz merdeka! Terima kasih juga kepada Pavilion KL kerana turut menjayakan event ini dengan meminjamkan kami skrin gergasi mereka sehingga event ini menjadi gempak,” kata Sam.

Sesi ekspe-rimen sosial ini bertujuan untuk mengenali peminat-peminat Bunkface secara peribadi tentang sejauh manakah mereka mengenali Malaysia melalui sebuah permainan berskala sederhana di ruang legar pintu masuk Pavilion KL itu.

Lima kotak berwarna telah disediakan bagi para penonton menjawab soalan-soalan yang dipaparkan di skrin gergasi Pavilion KL. Para penonton yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah menyertai permainan ini sebagai satu bangsa. Empat kotak yang berwarna hijau, biru, merah, dan kuning telah dilabel A,B,C dan D. Berdasarkan soalan-soalan objektif yang diberikan, para penonton perlu bergerak ke kotak jawapan mereka.

Kotak kelima yang berwarna hitam adalah kotak terakhir, berperanan untuk menjawab ‘betul’ bagi soalan betul atau salah. Ketika soalan terakhir iaitu “Adakah anda pandai menyanyikan lagu ‘Negaraku’?’ diajukan, semua penonton dan pemain telah bergegas ke kotak hitam tersebut dan menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai.

Selesai menanyikan lagu Negaraku itu, kumpulan Bunkface muncul di ruang ‘band’ disediakan dan mula membuat persembahan lagu ‘Kita Punya Malaysia’ dan ‘Revolusi’ sebagai penghargaan kepada para penonton dan pemain permainan tersebut.

Kru penganjur juga telah merakamkan momen-momen menghiburkan itu untuk disertakan dalam muzik video rasmi lagu ‘Kita Punya Malaysia’ yang dijadual dilancarkan semalam, 23 Ogos.

Hidupkan semangat kenegaraan anda! Suarakan kemerdekaan negara kita! Ekspresikan cerita anda! dan buktikan negara ini adalah KITA PUNYA.

Pastikan anda mengunci kalendar anda untuk bertemu Bunkface dan artis-artis lain seperti Elfira Loy, Radhi OAG, Nabila Razali, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita dan Stacy di Karnival Gegaria Kita Punya pada 31 Ogos, 1 dan 2 September ini di Putrajaya.

Tiada siapa yang akan ketinggalan daripada kempen ini, gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda untuk memenangi hadiah berjumlah RM10,000.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial di Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia, @ntv7Malaysia, @8TVMalaysia, dan @TV9Malaysia.

Advertisement