Anda di sini

‘Crazy Rich Asians’ pukau box office Amerika Utara

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 7 Ogos 2018 ini menunjukkan (dari kiri) Steven Yeun, Jae Suh Park, Randall Park, Daniel Dae Kim dan Henry Golding semasa tayangan perdana filem ‘Crazy Rich Asians’ di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California. ‘Crazy Rich Asians’ – filem Hollywood pertama dalam satu generasi dengan barisan pelakon yang hampir kesemuanya berketurunan Asia – memukau Amerika Utara pada hujung minggu pertamanya, dan mencecah kutipan ‘box office’, data industri menunjukkan I
PUKAU HOLLYWOOD: Gambar fail yang diambil pada 7 Ogos 2018 ini menunjukkan (dari kiri) Steven Yeun, Jae Suh Park, Randall Park, Daniel Dae Kim dan Henry Golding semasa tayangan perdana filem ‘Crazy Rich Asians’ di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California. ‘Crazy Rich Asians’ – filem Hollywood pertama dalam satu generasi dengan barisan pelakon yang hampir kesemuanya berketurunan Asia – memukau Amerika Utara pada hujung minggu pertamanya, dan mencecah kutipan ‘box office’, data industri menunjukkan I

FILEM komedi romantik yang begitu dinanti-nantikan ‘Crazy Rich Asians’ – filem Hollywood pertama dalam satu generasi dengan barisan pelakon yang hampir kesemuanya berketurunan Asia – memukau Amerika Utara pada hujung minggu pertamanya, dan mencecah kutipan ‘box office’, data industri menunjukkan Isnin lepas.

Adaptasi Warner Bros. bagi novel tajuk sama tulisan Kevin Kwan yang paling laris dijual itu sudah mengaut AS$35.3 juta (RM134 juta) sejak ia ditayangkan di pawagam Isnin lepas, kata penjejak ‘box office’ Exhibitor Relations.

Daripada jumlah tersebut, filem itu mengaut AS$26.5 juta (RM100.7 juta) pada hujung minggu.

Dibintangi aktres veteran Tan Sri Michelle Yeoh, bekas pengacara BBC berbangsa British-Malaysia Henry Golding dan bintang sitkom Amerika Constance Wu, filem itu menceritakan tentang kisah seorang profesor ekonomi Amerika yang berjumpa dengan keluarga teman lelakinya yang kaya-raya di Singapura.

Ia merupakan terbitan studio besar pertama dengan barisan majoriti pelakon Asia sejak ‘The Joy Luck Club’ pada 1993.

Filem ikan jerung seram ‘The Meg’ jatuh ke tempat kedua pada minggu keduanya, dan mengaut AS$21.2 juta (RM80.6 juta).

Ia dibintangi pelakon filem aksi Jason Statham sebagai seorang penyelam penyelamat yang cuba menyelamatkan saintis yang terperangkap dalam sebuah kapal selam daripada seekor ikan jerung prasejarah yang begitu besar.

‘Mile 22’ – sebuah filem aksi pengintipan baharu yang dibintangi Mark Wahlberg – dibuka di tempat ketiga dengan AS$13.7 juta (RM52.1 juta).

Filem blockbuster musim panas ‘Mission: Impossible – Fallout’ menduduki tempat keempat dengan AS$10.8 juta (RM41.04 juta) dalam tempoh empat minggu.

Tidak jauh di belakang adalah sebuah lagi filem yang muncul buat julung kalinya, kisah kembara prasejarah ‘Alpha’, yang mengaut AS$10.4 juta (RM40 juta).

Filem terbaharu pelakon AS Kevin Spacey, drama jenayah ‘Billionaire Boys Club’, mengaut hanya AS$618 (RM2,348) sahaja apabila ia dibuka kepada reviu buruk di beberapa buah pawagam di seluruh negara.

Pemenang anugerah Oscar sebanyak dua kali yang aib itu menyaksikan kariernya menjunam ekoran dakwaan tentang serangan dan gangguan seksual oleh lebih 12 lelaki di Amerika Syarikat dan Britain.

Melengkapkan 10 filem teratas pada hujung minggu itu adalah ‘Christopher Robin’ (AS$8.9 juta), ‘BlacKkKlansman’ (AS$7 juta), ‘Slender Man’ (AS$4.8 juta), ‘Hotel Transylvania 3: Summer Vacation” (AS$3.8 juta) dan ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ (AS$3.4 juta). — AFP

Advertisement