Anda di sini

Amir Masdi lancar single ‘PUAS’

Advertisement
__alt__

BEKAS juara Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Syazwan Masdi atau lebih dikenali sebagai Amir Masdi baru-baru ini telah melancarkan single baharu berjudul ‘Puas’ di Red Box, The Gardens Mid Valley.

Single terbitan Nova Music (M) Sdn. Bhd ini merupakan karya ciptaan penuh Ayden Ali bersama Ikhwan Fatanna yang menceritakan kisah patah hati sepasang kekasih.

‘Puas’ turut mendapat sentuhan muzik gubahan komposer terkenal Omar K yang juga bertindak sebagai penerbit rakaman.

Single yang berkonsepkan balada pop ini merupakan single ketiga Amir selepas ‘Pemilik Cinta’ (2016) dan ‘Waktu’ (2017).

Single ‘Puas’ kini boleh didengari di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, Deezer dan juga KKBox.

Video muzik rasmi ‘Puas’ juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.

Advertisement