Anda di sini

Sang Voyage menang pertandingan pencarian bakat Band Jazz

Advertisement
 Anggota kumpulan Sang Voyage merakamkan gambar bersama tetamu jemputan selepas diumumkan pemenang pertandingan pencarian bakat Band Jazz di Godown Amphiteatre Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
PEMENANG: Anggota kumpulan Sang Voyage merakamkan gambar bersama tetamu jemputan selepas diumumkan pemenang pertandingan pencarian bakat Band Jazz di Godown Amphiteatre Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Kumpulan pemuzik Jazz tempatan, Sang Voyage memenangi pertandingan pencarian bakat Band Jazz yang berlangsung di Godown Amphiteatre Tebingan Kuching di sini pada malam 18 Ogos lepas.

Pertandingan tersebut adalah sempena Festival Jazz Tebingan Kuching (KWJF) 2018 yang dijadual berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 September depan di Hotel Grand Margherita di sini.

Selaku pemenang, Sang Voyage akan membuat persembahan pembukaan pada festival itu nanti serta hadiah tunai RM1,500 dan tiket bagi menyaksikan festival tersebut.

Selain Sang Voyage, pertandingan tersebut turut disertai oleh tiga lagi kumpulan pemuzik Jazz tempatan iaitu Voglers, Swaiv dan QCH Band.

 Pemenang serta peserta pertandingan pencarian bakat Band Jazz KWJF 2018 merakamkan gambar kenangan bersama. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
AKAN DATANG: Pemenang serta peserta pertandingan pencarian bakat Band Jazz KWJF 2018 merakamkan gambar kenangan bersama. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

Pencipta dan penganjur KWJF, Soedirman Aini yang juga Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berkata pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat baru dan lama dalam muzik Jazz.

“Memandangkan tidak banyak band Jazz di Sarawak ini, kami mahu menyokong beberapa band ini dan memberi motivasi kepada mereka untuk menerokai muzik Jazz,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu KWJF 2018 tahun ini akan menampilkan bintang-bintang termasuk penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah, Ito & The Blues Gang (Malaysia), Atilia Haron (Malaysia), Aisyah Aziz (Singapura), Tompi (Indonesia), Tulus (Indonesia), Aditya (Indo-nesia), Carmen Souza (Portugal), The Natalie Gillispie Band (Australia) dan banyak lagi.

Tahun ini, pertunjukan akan menampilkan Tuku Kame yang akan menghiburkan para penonton dengan muzik Jazz mereka dengan Sape tradisional.

Sekitar 4,000 penonton hadir pada festival tahun lepas yang turut dimeriahkan dengan jualan makanan dan minuman, kraftangan dan banyak lagi tarikan lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini sila layari www.kuchingwaterfrontjazz.com dan ikuti Kuching Waterfront Jazz di Facebook dan Instagram.

Tiket boleh dibeli secara atas talian atau Hotel Grand Margherita dan Hotel Riverside Majestic.

  • oleh
  • Advertisement