Anda di sini

Dr M harap Beijing memahami masalah fiskal Malaysia

Advertisement
 Tun Dr Mahathir (kiri) berbual dengan                      Li pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People                         di Beijing semalam. — Gambar Bernama
PERTEMUAN MESRA: Tun Dr Mahathir (kiri) berbual dengan Li pada Majlis Sambutan Rasmi di Great Hall of The People di Beijing semalam. — Gambar Bernama

BEIJING: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin meminta Beijing untuk lebih bersimpati berhubung dengan isu fiskal semasa Malaysia.

Perdana menteri Malaysia itu berharap China akan memahami situasi itu dan dapat membantu dalam menyelesaikannya.

“Kami berharap China memahami masalah kami dan akan bersimpati berhubung dengan masalah fiskal dalaman kami,” katanya pada sidang media bersama  dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China Li Keqiang selepas mesyuarat dua hala mereka di sini.

Dr Mahathir dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

“Bantu kami menyelesaikan sesetengah daripada masalah fiskal kami,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan, pimpinan Dr Mahathir, berdepan hutang kira-kira RM1 trilion didakwa akibat salah pengurusan kewangan negara oleh kerajaan terdahulu.

Dr Mahathir berkata, hubungan dua hala Malaysia-China perlu diperkukuh-kan lagi.

Beliau berkata, inovasi dan kemajuan teknologi China dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Li, sementara itu berkata, wujud keperluan untuk dipertingkatkan lagi hubungan dua hala yang baik ke tahap baharu menerusi jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang dan dimensi baharu.

Perdana menteri China itu berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara kedua-dua negara demi manfaat rakyat mereka.

Mereka juga menyasarkan untuk meningkatkan perdagangan dua hala dengan harapan untuk memperbaiki imbangan perdagangan antara mereka.

“China bersedia untuk meningkatkan import barangan kompetitif daripada Malaysia terutamanya minyak sawit dan produk pertanian yang lain,” katanya.

Menjawab soalan tentang perang perdagangan ketika ini antara Amerika Syarikat dan China, Dr Mahathir me-negaskan, perdagangan bebas sepatutnya menjadi pilihan semua negara.

Bagaimanapun, katanya, perdagangan bebas semata-mata tidak memadai kerana ia perlu diriingi dengan per-dagangan adil yang juga akan bermanfaat kepada negara kecil dan miskin.

Menjawab soalan sama, Li berkata, pergeseran per-dagangan, dalam jangka pendek, akan mendorong negara-negara mencari pasaran alternatif.

Bagaimanapun, katanya, persekitaran perdagangan dan ekonomi global akan menjadi lebih teruk jika situa-si itu berlarutan.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pe-meteraian lima dokumen antara kedua-dua negara di venue mesyuarat dua hala itu diadakan, di bangunan Great Hall of the People.

Dokumen itu ialah Perjanjian Lanjutan bagi Pengaturan Tukaran Mata Wang Dua Hala; dan Protokol Pemeriksaan dan Keperluan Kuarantin bagi Eksport Durian Sejukbeku.

Turut ditandatangani ialah memorandum persefahaman (MoU) bagi Pembangunan dan Promosi Biofuel Minyak Sawit Malaysia; MoU bagi kerjasama dalam Teknologi Jalan Bitumen Berturap Getah dan Automasi dan Mekanisme Torehan Getah; dan MoU bagi Kerjasama Kawal Selia Perakaunan dan Audit. — Bernama

Advertisement