Anda di sini

Bom Ops Daulat ditemukan pekerja ladang Felda Sahabat

Advertisement
BOM yang ditemukan pekerja ladang.
BOM yang ditemukan pekerja ladang.

LAHAD DATU: Sebutir bom dipercayai jenis mortar peninggalan pertempuran Ops Daulat 2013 ditemukan pekerja ladang di Felda Sahabat 17, Tungku, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, bom itu ditemukan pekerja dikenali Danial ketika bekerja di peringkat 12K, Blok 29, pada kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati bom berkenaan milik Angkatan Tentera Malaysia yang tidak meletup ketika pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh ketika Ops Daulat 2013.

"Unit Pemusnah Bom Tawau telah dihubungi untuk memaklumkan berhubung penemuan bom itu.

"Dimaklumkan, bom itu akan dimusnahkan pada Selasa," katanya.

Pemeriksaan di sekitar kawasan bom itu ditemukan turut dijalankan bagi tujuan keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement