Anda di sini

10 ditahan positif syabu dalam operasi bersepadu

Advertisement
 Antara 10 individu yang ditahan selepas saringan air kencing mereka menunjukkan positif dadah.
DICEKUP: Antara 10 individu yang ditahan selepas saringan air kencing mereka menunjukkan positif dadah.

MIRI: Sepuluh individu berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri di sini dalam operasi bersepadu bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri malam kelmarin.

Operasi bersepadu itu dilakukan semasa sekatan jalan yang diadakan di Jalan Miri-Pujut.

Ketua AADK Daerah Miri Mazlan Jikran berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua positif dadah jenis Methamphetamine atau lebih dikenali sebagai syabu. 

“Seramai 10 individu telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Jika sabit kesalahan, mereka akan diperintahkan menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan dadah selama tempoh dua tahun atau dua hingga tiga tahun pengawasan di bawah Seksyen 6(1)(a) atau (b) Akta yang sama,” katanya.

Advertisement