Anda di sini

Warga Filipina didakwa seludup 10 migran

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang warga asing dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyeludup 10 migran, pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Albarin Jukirain, 58, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Tertuduh yang berasal dari Filipina didakwa melakukan kesalahan itu dalam bot yang bernombor pendaftaran Filipina ketika berada di kedudukan lebih kurang 1.4 batu Nautika dari Tanjung Inaruntung di perairan Pitas, di sini pada 12 Ogos, jam 10 malam.

Dia didakwa menyeludup 10 migran dari negaranya sendiri terdiri empat lelaki dewasa, seorang bayi lelaki, empat perempuan dewasa, dan seorang kanak- kanak perempuan.

Untuk itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 20 September untuk sebutan semula, sementara menunggu permohonan surat pendakwaan untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurun Nazifah Muhammad Iyen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement