Anda di sini

X-FAB Sarawak dianugerahkan ‘Asia’s Best Employer Brand Award 2018’

Advertisement
 Maureen mengucapkan penghargaan sejurus selepas disampaikan ‘Asia’s Best Employer Brand Award 2018’ baru-baru ini.
BANGGA: Maureen mengucapkan penghargaan sejurus selepas disampaikan ‘Asia’s Best Employer Brand Award 2018’ baru-baru ini.

KUCHING: Syarikat X-FAB Sarawak Sdn Bhd (X-FAB Sarawak) telah dianugerahkan sebagai ‘Asia’s Best Employer Brand Award 2018’ sekali lagi.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, anugerah berprestij itu mengiktiraf X-FAB Sarawak di dalam kecemerlangan dan penjenamaan aktiviti majikan yang cemerlang.

Sebagai pengeluar semikonduktor, Kumpulan X-FAB telah memberi pekerjaan kepada 4,000 orang di seluruh dunia yang mana 1,300 daripadanya adalah di dalam fasiliti Malaysia, diberikan pengiktirafan di dalam usaha giat dan pelaburan bakat pengurusan, prestasi dan pembangunan pekerja dan memberi anugerah kepada kejayaan mereka.

Pada masa yang sama, X-FAB Sarawak turut memenangi ‘HR ASIA Best Companies to Work for in Asia 2015’ dan ‘Asia’s Best Employer Award in Asia 2017’.

Pengarah Sumber Manusia X-FAB Sarawak, Maureen  Labarge telah mewakili syarikatnya untuk menerima anugerah tersebut baru-baru ini.

“Kami sangat berbangga diberikan penganugerahan seperti ini yang menunjukkan komitmen dan dedikasi untuk membangunkan sistem pengurusan sumber manusia dalam mempertingkatkan produktiviti dan kepelbagaian sambil membuka peluang untuk menunjukkan potensi penuh mereka,” katanya menambah.

Advertisement