Anda di sini

PPM Tawau tahan suspek seludup minyak masak

Advertisement
PPM Tawau menahan seorang suspek penyeludup yang disyaki cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak masak ke negara jiran. 
PPM Tawau menahan seorang suspek penyeludup yang disyaki cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak masak ke negara jiran. 

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang suspek penyeludup minyak masak di perairan Tanjung Batu di sini pada Sabtu kira-kira jam 6 petang.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata suspek ditahan bersama 150 kotak minyak masak jenama Cap Kapal menerusi Ops Tugas Landai.

“Suspek, lelaki tempatan berusia 29 tahun dan ditahan semasa menaiki sebuah jongkong ketika dalam perjalanan menghala ke arah Pulau Sebatik,” katanya di sini hari ini.

HASIL pemeriksaan mendapati jongkong yang dinaiki suspek membawa 150 kotak minyak masak.
HASIL pemeriksaan mendapati jongkong yang dinaiki suspek membawa 150 kotak minyak masak.

Nazri berkata suspek ditahan kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan berkenaan dianggarkan bernilai kira-kira RM51, 600 termasuk nilai jongkong dan dua enjin sangkut berkapasiti 40 kuasa kuda.

“Berikutan itu, suspek dan kesemua barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut serta siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement