Anda di sini

Pasang Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara

Advertisement
JIMMY (kanan) melekatkan Jalur Gemilang pada salah satu kenderaan orang awam pada Ahad, turut kelihatan ialah Koh (kanan).
JIMMY (kanan) melekatkan Jalur Gemilang pada salah satu kenderaan orang awam pada Ahad, turut kelihatan ialah Koh (kanan).

TAWAU: Rakyat disarankan untuk memasang Jalur Gemilang pada kenderaan atau rumah masing-masing sebagai tanda cintakan negara.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Jimmy Wong berkata, usaha itu penting kepada setiap rakyat di negara ini sebagai peringatan kepada hari kemerdekaan yang dicapai pada satu ketika dahulu.

“31 Ogos adalah sambutan Hari Merdeka manakala pada 16 September adalah Hari Malaysia.

“Dua tarikh ini penting kepada rakyat negara ini khususnya Sabah,” katanya ketika ditemui selepas mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sempena dengan dua tarikh itu, rakyat Sabah khususnya digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan, rumah atau kawasan awam.

Katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk menunjukkan taat setia kepada Malaysia.

“Tanggungjawab ini harus dipukul bersama-sama…tarikh 31 Ogos dan 16 September harus diingat agar semua rakyat di sini mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong turut berterima kasih kepada syarikat OMK Cipta yang menyumbangkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang.

Hadir sama ialah Penasihat Alumni Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Hwa, Koh Kian Leong dan Pembantu Pengarah OMK Cipta, Alani Othman.

  • oleh
  • Advertisement