Anda di sini

Skim Insentif Pendidikan Tinggi Parlimen Putatan akan diteruskan

Advertisement
PARA penerima Insentif Pendidikan Tinggi Parlimen Putatan merakamkan kenangan bersama Husaini dan jemputan khas selepas majlis itu.
PARA penerima Insentif Pendidikan Tinggi Parlimen Putatan merakamkan kenangan bersama Husaini dan jemputan khas selepas majlis itu.

KOTA KINABALU: Skim Insentif Pendidikan Tinggi Parlimen Putatan akan diteruskan bagi memberikan motivasi kepada penerima.

Skim itu yang diberikan kepada para pelajar sekolah menengah dan memperolehi keputusan cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi.

HUSAINI (tiga kanan) menyampaikan insentif kepada Afiq Ajhar pelajar Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Mesir.
HUSAINI (tiga kanan) menyampaikan insentif kepada Afiq Ajhar pelajar Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ahli Parlimen P.173 Putatan Awang Husaini Datuk Sahari berkata, usaha itu sekali gus membolehkan penerima terdiri daripada golongan pelajar dalam kawasan Parlimen Putatan berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

"Salah satu agenda utama saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini adalah meningkatkan mutu pendidikan bagi rakyat di kawasan ini. Itu adalah agenda utama saya.

SITI Nurkhairunnisa Mohd Rajali (lima kanan) menerima insentif daripada Husaini.
SITI Nurkhairunnisa Mohd Rajali (lima kanan) menerima insentif daripada Husaini.

"Justeru itu saya memikirkan berbagai-bagai program dan Skim Insentif Pendidikan Tinggi ini adalah program utama dalam hala tuju pendidikan di parlimen saya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Penyampaian Skim Insentif Pendidikan Tinggi Fasa Kedua Parlimen P.173 Putatan di salah sebuah hotel di Putatan pada Jumaat.

DUA pelajar Mohamad Faris Adenan (tiga kiri) pelajar University Sulthan Thaha Jambi dan Afiq Ajhar (tiga kanan) pelajar Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar bersama keluarga selepas majlis itu.
DUA pelajar Mohamad Faris Adenan (tiga kiri) pelajar University Sulthan Thaha Jambi dan Afiq Ajhar (tiga kanan) pelajar Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar bersama keluarga selepas majlis itu.

Pada majlis itu seramai 53 pelajar yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara menerima insentif berkenaan.

Di mana tiga orang pelajar yang mendapat peluang pendidikan di luar negara menerima insentif sebanyak RM1,000 manakala 50 pelajar yang mendapat tempat melanjutkan pengajian di dalam negara menerima RM500 setiap seorang.

Sebelum ini, seramai 15 orang pelajar menerima skim sama menerusi fasa pertama.

ANTARA pelajar bersama ibu bapa yang hadir di majlis itu.
ANTARA pelajar bersama ibu bapa yang hadir di majlis itu.
  • oleh
  • Advertisement