Anda di sini

Rabies ragut nyawa kesebelas di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki berumur 49 tahun dari Sri Aman yang disahkan rabies pada 17 Ogos lalu meninggal dunia pada pukul 3.57 pagi Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian ini menjadikan jumlah kematian 11 daripada 12 kes yang disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak diisytiharkan wabak pada 30 Jun 2017 dengan kadar kematian 91.7 peratus.

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata pesakit tersebut dalam rawatan di Wad Penyakit Berjangkit, Hospital Umum Sarawak (HUS). 

Difahamkan, pesakit pernah digigit anjing peliharaannya pada Januari 2018 namun tidak mendapatkan rawatan. 

Pada 11 Ogos yang lepas, pesakit dibawa ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami demam dan sesak nafas. 

Pesakit kemudiannya dirujuk ke HUS pada 14 Ogos selepas menunjukkan tanda-tanda hidrofobia dan lemah badan. 

Sehingga 16 Ogos, Kerajaan Negeri mengisytiharkan 33 buah kawasan di lima bahagian di negeri ini sebagai kawasan jangkitan rabies iaitu Serian, Kuching, Samarahan, Sarikei dan Sri Aman. 

KKM turut menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelak daripada penyakit rabies. 

Sementara itu, beliau berkata seorang lelaki berusia 44 tahun dari Jalan Matang, dimasukkan ke HUS kerana disyaki rabies pada 16 Ogos.

  • oleh
  • Advertisement