Anda di sini

Kibarkan Jalur Gemilang tanda patriotik

Advertisement
CHRISTINA dan Alijus memasang bendera Jalur Gemilang dan Sabah di salah sebuah kenderaan orang awam.
CHRISTINA dan Alijus memasang bendera Jalur Gemilang dan Sabah di salah sebuah kenderaan orang awam.

TAWAU: Rakyat disaran mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara ini tanpa mengira lokasi, khususnya di rumah, pejabat, premis perniagaan dan kenderaan.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata Jalur Gemilang menjadi lambang dan simbol kedaulatan negara yang perlu dihormati kerana mempunyai makna yang besar.

“Kita juga berharap seluruh warganegara Malaysia menghayati nilai dan semangat bulan kebangsaan dengan sepenuh hati, bangga, taat setia dan cinta negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Perbandaran Tawau pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil dan Pegawai Daerah Kee Ayub Kee Abu Bakar.
 
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar optimis sambutan bulan kebangsaan kali ini akan membawa rakyat dan negara ke tahap lebih baik.

Menurutnya, tema ‘Sayangi Malaysiaku’ sambutan Hari Kebangsaan kali ini dilihat menepati mesej bukan mudah mencapai kemerdekaan dan memastikan muafakat dicapai.

  • oleh
  • Advertisement