Anda di sini

Sukan tingkat jati diri, perluas persahabatan

Advertisement
 Tiong memukul gong sebagai simbolik perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Zon Bandar Sibu Ke-46, kelmarin. Turut kelihatan Sio (dua kiri), Kong (tiga kanan) serta yang lain.
RASMI: Tiong memukul gong sebagai simbolik perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Zon Bandar Sibu Ke-46, kelmarin. Turut kelihatan Sio (dua kiri), Kong (tiga kanan) serta yang lain.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berpendapat bidang sukan dapat meningkatkan jati diri, selain memperluaskan hubungan persahabatan.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berkata, mempunyai ramai kawan dalam sukan akan mewujudkan pergaulan yang luas serta dapat menjadikan sukan sebagai penyumbang kepada masyarakat sihat.

“Sukan mempunyai banyak manfaat dan kebaikan jika kita betul-betul mengamalkannya.

“Selain memupuk kesihatan yang baik, ia turut memperluas perhubungan kita dengan orang lain yang sama minat dalam sesuatu sukan,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Bandar Sibu Ke-46 di Stadium Tun Ahmad Zaidi di sini, kelmarin.

Kejohanan kali ini dikelolakan SJKC Thai Kwang.

Turut hadir wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sibu Kong Chiong Hui dan Guru Besar SJKC Thai Kwang Sio Siok Hie.

Seramai 936 atlet dari 30 sekolah di sini menyertai kejohanan dua hari itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SJKC Thai Kwang turut menggesa murid agar menyeimbangkan antara pelajaran dan kurikulum untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Ujarnya, acara sukan sahaja tidak cukup sekiranya akademik kurang diberi perhatian.

“Kalau boleh kedua-duanya diutamakan. Murid yang sihat dan cerdas memerlukan minda yang sihat untuk berjaya dalam kedua-duanya.

“Justeru usahakan untuk itu kerana kita mahu semua murid di Sibu terus cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement