Anda di sini

Rumah jadi pusat judi siber

Advertisement
Polis merampas dua buah telefon bimbit milik suspek di sebuah rumah di Kampung Seberang Kedai semalam.
Polis merampas dua buah telefon bimbit milik suspek di sebuah rumah di Kampung Seberang Kedai semalam.

LIMBANG: Seorang wanita warga emas warga  Brunei diberkas selepas kegiatannya menjadikan sebuah rumah kampung sebagai pusat perjudian siber berjaya dihidu polis dalam Ops Dadu petang semalam.

Suspek, 60, dari Sengkurong Brunei ditahan disebuah rumah tanpa nombor di Kampung Seberang Kedai, jam 5.50 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang mengadakan serbuan di sebuah rumah yang disyaki menjalankan aktiviti  judi siber.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek kita membuat rampasan dua telefon bimbit dipercayai digunakan untuk aktiviti judi siber," katanya hari ini.

 Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

  • oleh
  • Advertisement