Anda di sini

Pengalaman baharu membeli-belah di Swan Square Sibu

Advertisement
 Swan Square di Jalan Ling Kai Cheng yang beroperasi di bangunan bekas                       Pasar Raya Besar Giant.
WAJAH BAHARU: Swan Square di Jalan Ling Kai Cheng yang beroperasi di bangunan bekas Pasar Raya Besar Giant.

SIBU: Para pelanggan akan lebih teruja dengan pengalaman baharu membeli-belah di Swan Square di Jalan Ling Kai Cheng, dengan konsep yang bersesuaian dan bercirikan moden.

Pengurus Kompleks Swan Square Kee Kuong Siong berkata, Brand Republic dijangka membuka cawangannya di Swan Square pada hujung Ogos ini.

“Brand Republic akan memberi lebih pilihan kepada pengunjung untuk pakaian kasual, kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita dengan harga mampu milik,” jelasnya.

Kee berkata, kedai jualan dan pameran mainan kanak-kanak terbesar di Sibu Toy Universal juga akan dibuka kepada orang ramai pada November depan.

“Orang ramai pasti teruja dengan Muzium Terbalik Swan Square yang pertama di Sibu dengan 12 konsep berbeza untuk memberi pe-ngalaman yang unik.

“Muzium ini dijangka dibuka pada November depan dan kita akan mengubah konsep setiap tiga bulan supaya pengunjung tidak berasa bosan dengan konsep yang sama,” ujarnya.

Bagi merancakkan aktiviti ekonomi, Kee berkata ruang niaga khusus untuk gajet dan telefon bimbit yang dikenali sebagai Handphone City juga dibuka pada November.

“Cawangan minuman keju asli dari Jepun Chizu akan dibuka kepada orang ramai pada Oktober, menyediakan ruang yang selesa dengan kemudahan WiFi,” katanya.

Kee berkata, kedai-kedai yang bakal dibuka di Swan Square bagi memenuhi keperluan dan pengalaman baharu kepada pengunjung khususnya di wilayah tengah negeri ini.

“Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman baharu di Swan Square yang pasti membuat anda semua teruja,” jelasnya.

Swan Square yang terletak di Jalan Ling Kai Cheng, dahulunya dikenali sebagai Pasar Raya Besar Giant sebelum ditutup pada Mac lepas.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Episo Datuk David Goh dan Pengarah Eksekutif Episo Datuk Goh Kiang Ann.

Advertisement