Anda di sini

Penempatan tersusun perlu disediakan dengan kadar segera

Advertisement
AUJAN (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Khamis.
JAUJAN (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Khamis.

SEMPORNA: Musibah bencana seperti kebakaran dan tiupan angin kencang sehingga meranapkan rumah menjadi petanda kepada kerajaan negeri serta Pusat agar menyediakan satu penempatan tersusun kepada penduduk setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kerajaan Pusat khususnya menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan perlu menyediakan rumah-rumah mampu milik yang tersusun.

"Pada 11 dan 13 Ogos lalu, angin kencang melanda kawasan ini sehingga menyebabkan 12 rumah rosak khususnya di kawasan Sulabayan serta daerah lain.

"Atap terbang, rumah tumbang...ini kita perlu anggap bukan sebagai musibah sebaliknya peringatan manusia oleh Tuhan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada 12 isi rumah, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kini kerajaan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berhati-hati serta membuat kajian.

Katanya, untuk membina sebuah rumah yang kukuh memerlukan kos yang besar dan keadaan di sini sangat difahami.

"Saya tidak mampu menggantikan dengan sebuah rumah tetapi sumbangan ini diharapkan mampu ringankan beban mereka yang terlibat," katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, perkara itu tidak boleh berulang dan pembinaan rumah yang tersusun perlu dilaksanakan agar tidak wujud masalah setinggan.

Katanya, penduduk setinggan juga perlu berkorban untuk berpindah ke kawasan penempatan yang tersusun agar mampu mengelakkan daripada kejadian seumpamanya berulang.

  • oleh
  • Advertisement