Anda di sini

Kerosakan kabel bawah tanah menjadi punca gangguan elektrik ke Samariang, Santubong

Advertisement
 Kerja menaik taraf di pencawang Samariang dipercepatkan untuk proses pemulihan ke kawasan yang terjejas.
NAIK TARAF: Kerja menaik taraf di pencawang Samariang dipercepatkan untuk proses pemulihan ke kawasan yang terjejas.

KUCHING: Kerosakan kabel bawah tanah menyebabkan gangguan bekalan tenaga elektrik ke Samariang dan Santubong pada malam Selasa lalu semasa penutupan dijadualkan untuk kerja-kerja menaik taraf satu daripada dua kabel bawah tanah 33kV dari pencawang Astana yang membekalkan elektrik ke Samariang hingga Santubong.

“Satu daripada dua kabel yang membekalkan tenaga elektrik ke pencawang Samariang dan Santubong dari pencawang Astana telah ditutup untuk kerja menaik taraf pada awal pagi 15 0gos lalu.

“Bagaimanapun, sekitar jam 5 petang (15 Ogos), kabel lain terpelantik akibat kerosakan dalam kabel.

“Ini menyebabkan bekalan terputus kepada pelanggan yang tinggal di sekitar kawasan Samariang dan Santubong,” jelas Naib Presiden Pengedaran SEB Siti Aisah Adenan dalam satu kenyataan media kelmarin.

“Kerja menaik taraf ini dirancang untuk meningkatkan sistem rangkaian bagi menampung permintaan beban yang meningkat di kawasan tersebut.

“Kerosakan kabel bawah tanah mengambil masa untuk dikesan dan dibaiki terutama pada waktu malam, jadi pasukan berkenaan memutuskan untuk mempercepatkan kerja menaik taraf yang sudah separuh siap di pencawang Samariang.

“Bekalan telah dipulihkan sepenuhnya pada jam 1.20 pagi selepas selesai kerja ke atas kabel bawah tanah. Tiga penjana mudah alih digunakan untuk membekalkan elektrik ke beberapa bahagian di kawasan yang terjejas sementara kerja pembaikan dijalankan.

“Pasukan teknikal kami bekerja sepanjang malam dan berjaya menghidupkan semula kabel yang dinaik taraf untuk pemulihan bekalan elektrik sepenuhnya ke kawasan yang terjejas,” kata Siti.

Kerja menaik taraf kabel adalah sebahagian daripada pelan pengukuhan sistem yang meliputi Samariang sehingga Santubong, yang dilaksanakan oleh syarikat utiliti SEB iaitu Syarikat SESCO Berhad.

Kerja tersebut termasuk pembinaan pencawang Aminudin Baki yang baharu, memasang kabel dari Samariang hingga pencawang Aminudin Baki dan penambahan kabel Astana-Samariangsedia ada.

Advertisement