Anda di sini

Kempen Jom Makan Ulam-ulaman di Medan Niaga Satok esok

Advertisement
 

KUCHING: Unit Medan Niaga Satok akan mengadakan Kempen Jom Makan Ulam-ulaman yang akan diadakan di Benteng, Medan Niaga Satok.

Program 18 Ogos pada pukul 10 pagi itu bertujuan mengajak orang ramai untuk bersama memeriahkan dan menikmati ulam-ulaman disamping mengenal ulam-ulaman yang ada di Sarawak.

Lebih daripada 120 ulam-ulaman tradisional terdapat di Malaysia sama ada ulam-ulaman kecil yang tumbuh melata seperti pegaga, pokok-pokok renek dan sehinggalah pokok-pokok besar seperti petai dan jering.

Jurucakap Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak, Azren Ajid memberitahu Utusan Borneo objektif utama aktiviti ini ialah untuk memperkenalkan kepelbagaian jenis ulam-ulaman dan pelbagai tanaman di Sarawak.

“Kita ingin meningkatkan kesedaran mengenai khasiat ulam-ulaman kepada orang ramai, khasnya kepada generasi muda dan pengusahapengusaha,” kata Azren.

Selain itu, dia berkata program ini  merupakan salah satu program promosi di Benteng, Medan Niaga Satok bertujuan meningkatkan hasil pendapatan pengusaha yang berniaga dan memupuk minat pengusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil jualan mereka.

Antara pengisian Kempen Makan Ulam-ulaman di Benteng itu nanti ialah, pameran pelbagai jenis ulam-ulaman, pertandingan dekor oleh peniaga Benteng, Medan Niaga Satok dan Pertandingan Explore Race ulam-ulaman serta busking.

“Pertandingan Dekor Ulam-ulaman ini terbuka kepada peniaga Medan Niaga Satok dan hadiah dan wang tunai akan diberikan kepada para pemenang,” kata Azren.

Hadiah pertama: wang tunai RM150 + hamper FAMA + sijil, hadiah kedua : wang tunai RMIIO + hamper FAMA + sijil, hadiah Ketiga : wang tunai RM70 + hamper FAMA + Sijil manakala hadiah saguhati : hamper FAMA + sijil.

Bagi aktiviti  Explorace Ulam-ulaman akan melibatkan peserta peniaga Medan Niaga Satok dan Pengunjung dimana pihak FAMA akan memberikan wang tunai sebanyak rm20 untuk membeli pelbagai jenis ulaman di Medan Niaga Satok dan mengikut senarai ulaman yang telah disenaraikan oleh pihak FAMA.

“Tujuan utama aktiviti ini adalah supaya peserta lebih mengenali jenis-jenis ulam yang terdapat di Medan Niaga Satok. Sekiranya semua ulaman telah dibeli maka, barang-barang tadi hendaklah dibawa kepada pihak FAMA , sekiranya kesemuanya betul, maka hadiah akan diberikan,” terang Azren.

Untuk aktiviti Explorace hadiah pertama : wang tunai RM50 + hamper FAMA + sijil, hadiah kedua : wang tunai RM30 + hamper FAMA + sijil dan hadiah ketiga : wang tunai RM20 + hamper FAMA + sijil.

  • oleh
  • Advertisement