Anda di sini

Kebakaran hutan simpan, kawasan pertanian di Ranau cecah 700 ekar

Advertisement
SEBAHAGIAN kebakaran sekitar jalan ke Kompleks Sukan Ranau.
SEBAHAGIAN kebakaran sekitar jalan ke Kompleks Sukan Ranau.

RANAU: Berikutan fenomena musim kering sejak sebulan lalu,  kebakaran hutan simpan dan kawasan pertanian penduduk daerah ini kini mencecah 700 ekar.

Pegawai Bomba dan Penyelamat daerah Ranau Kimmy Lagong ketika dihubungi memberitahu, kebanyakan kawasan hutan terlibat  dengan kebakaran adalah dekat Kompleks Sukan Ranau, pertanian penduduk Lohan Ulu, dekat SMK Agama Ranau, Mosilou, Montoki, Kg.Cinta  Mata Kundasang, Jalan Kauluan Kundasang  dan sebahagian lagi di kawasan lain di daerah berkenaan.

API mudah merebak di kawasan hutan siang-malam.
API mudah merebak di kawasan hutan siang-malam.

“Pihak bomba menerima banyak  panggilan berhubung kebakaran di pelbagai lokasi, namun kami menghadapi kekangan kerana kebanyakan kawasan terbakar tiada jalan raya dan sumber air, tambahan pula api di kawasan bukit.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dan kebakaran melibatkan bangunan setakat ini.

SEBAHAGIAN lagi kawasan hutan sekitar SMK Agama Mohamad Ali Ranau.
SEBAHAGIAN lagi kawasan hutan sekitar SMK Agama Mohamad Ali Ranau.

Kataya, punca kebakaran dan kerugian tanah pertanian  masih dalam siasatan.

Beliau menasihatkan  orang ramai di daerah berkenaan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka memandangkan keadaan musim kering (kemarau) di Sabah dijangka berterusan sehingga September depan.

Advertisement